Tuesday 12 May 2020

Kesetiaan

Kesetiaan Itu Mahal

Sekali Terluka Pasti Akan Terkesan Sepanjang Hayat


Percaya Ataupun Tidak Kecurangan Banyak Berlaku Tatkala Sudah Berumah Tangga.. Bukan Pacar Mahupun Cinta Monyet Zaman Sekolah.

Aku Ada menguji Dua Orang Lelaki.. Si H dan G. Si H ni seorang yang muka suci..lembut je. Sudah Berumah Tangga..usia perkahwinan 6 Tahun. Lamakan.. si H memberitahu dia xbahagia bersama isteri. Mungkin Benar xbahagia,sebab perkahwinan diorg bukan atas kerelaan. Tapi mustahil la xsayang kan sebab dah terlempau lama hubungan mereka suami isteri terbina. Jodoh itu rahsia Allah. Tahun Kelima Dianugerahkan Cahaya Mata..Sangat Comel dan putih ..Nama diberi Sofea. Pada Awalnya sebelum aku ketahui dia mempunyai anak dan isteri, dia tidak mengakui.. Dia katakan dia Duda dan tiada anak. Serta ingin menikahi aku..  ya pastinya TIDAK jawapan ku.. hihihih


Aku pun pelik.. sedangkan aku kenal isteri nya yang Queen Control dan Keras Kepala...
aku teruskan siasatan dan berhasil la temui gambar keluarga kecil yang bahagia. Aku tiada niat nak meruntuhkan Masjid orang.

Aku hanya mengkaji kesetiaan Seorang Lelaki yang bernama Suami.




Alkisah SI G pulaa...


Si G ni.kerap kali kejar aku dan gangu orang sekitar aku, Dia pun sudah menikahi seorang perempuan idamannya yang berpurdah tetapi tidak dapat citarasa sepenuhnya yang dia mahukan. Entahlah laki ni, aku pun xpaham. Selalu menghubungi ku tapi aku xlayan. Aku pun terus memberitahu si isteri. Si isteri tidak percaya bahwa lelakinya menggangu ku. kerana diluar dia sangat romantik,penyayang,sentiasa bahagikan kerja rumah bersama istri. aku pun memberitahu semua bukti. ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan berdentum.  Pada hari yang sama juga si G memberikan mesej kepada aku menggunakan telegram isterinya kepada ku. Bagaimana aku tahu si G beri? kerana aku kenal setiap butir ayatnya,
Dalam ayatnya berikan ''Assalamualaikum kak nabilah . bkn niat sy nak melagakan akak berdua dengan dia...sy berharap akak dapat maafkn dia..mungkin owg lain nampak dia bahagia ada isteri ada ank tpi hti dia hakiktnya dia xbhgia dia sering mimpi akak,,''

secara logiknya la kan..isteri mana sanggup dengar suami kata xbahagia bersama isteri kan? dan dah ada anak dah..Namanya Taufal. Suami apakah itu?

dan bagaimana isteri boleh benarkan suami kesayangannya menghubungi wanita lain sesukahati?

benar bukan kesetiaan itu tidak dapat dimiliki oleh semua insan walaupun setiap insan berhak mendapatkan sebuah kesetiaan yang tiada tandingan.

Aku ceritakan ini bukanlah mahu memberitahu aib sesiapa, aku mahu sampaikan berfikir la sejenak kesetiaan.. walaupun dikau bernikah dengan orang yang kau xcintai .. cintai lah dia.. sesunguhnya semasa akad nikah tu adalah perkara terindah dlm hdupmu kerana ada seorang insan sedia menerima mu indah dan buruk mu...cacat cela mu...malas dan busuk mu...sangup mengadaikan nyawa ketika berperang semasa melahirkan zuriat mu..berbin dan berbintikan mu. Senang cite..kalau tidak sedia menerimanya janganlah menikahi secara terburu-buru. jangan lah menyeksanya dengan tidak tulus sepenuhnya mencintai.

SETIA ITU MAHAL DAN HANYALAH DIDALAM HATI INSAN YANG DIKENALI SEBAGAI PERMATA


Wednesday 29 April 2020

beli rumah seusia 23 Tahun

Tahun 2014

Pada Mulanya Tahu 2014 tu adalah masa aku baru lepas habis study dan kerja sebagai Pekerja Sambilan Harian di Kementerian Pendidikan Malaysia. Aku teringin nak jadi cikgu tapi xdapat, sekurangnya aku kerja dikementerian itu dah cukup bahagia kerana aku dapat tahu selok belok Fungsi Kementerian Kerajaan ini. Aku ingat lagi hujung tahun itu, Kak siti memaksa aku mebeli rumah. Masa tu tau la org ckp byk kli pn ..masuk telinga kanan keluar telinga kiri jee.. hahahha tapi aku layankan je ..dia suruh aku mohon beli rumah..aku mohon je.. aku pilih developer cina..iaitu PLENITUDE. mulanya aku ragu-ragu. tp xapa la..try je,. mna tahu rezeki aku. selang beberapa bulan. aku dapat emel yang aku layak. pergh cm mana ni... aku mana ada deposit . hihihi dan dalam masa sama abah suruh aku beli rumah PPA1M.. tapi rumah tu mahal kot dekat Putrajaya.. aku tolak rumah Putrajaya dan ambik je rumah di Puchong. Ia Puchong..yang dulunya aku kutuk Puchong itu hantu Pochong.. hahhahah mendapat ko. tu la org dulu duku kata...kalau benci sesuatu...jangan benci sangat.. kan mendapattt.. ok fine. aku pergi lah jumpa developer tu.. dan buat cabutan unit. aku pergi dengan abah. Alhamdulilah aku dapat tingkat tiga dari lima. Ok lah kan rumah pertama. tibai je dulu. klau atas..gerun sangat aku. lepas tu dua minggu lepas tu aku pergi ke pejabat lawyer untu tandatangan perjanjian jual beli rumah. banyak muka surat yang perlu aku tandatangani. pihak peguam pula berikan info info rumah,perjanjian, proses dan sebagainya.. Alhamdulilah selesai.. yang perlu aku tunggu adalah pembayaran duit rumah. mesti tertanya-tanyakan macam mana aku nak bayar? sedangkan aku ni kerja sambilan sahaja. semasa jumpa pihak Developer...yang pertama sekali aku tanya soalan..rumah ini dah berapa peratus siap?? yeszz... jawapan yang aku nak adalah rumah ni bru tambak tanah.. sebabb apa aku nk cari rumah yang xsiap lagi?? sebab aku mohon kt developer itu untuk aku bayar cash mengikut peratus rumah yang dah siap. Alhamdulilah semua berjalan lancar dengan apa yang aku nak. Dalam dua tahun lebih rumah tu dah siap dan aku berjaya bayar dengan langsai secara cash. Syukur Ya Allah. Serah kunci pada 4 Ogos 2017.
Lupa nak selitkan.. Duit Cash aku beli rumah ni...aku berusaha mencariknya dengan pelbagai kerja. sebagai seorang perempuan mmg nampak xmudah. Tapi aku berjaya lakukan. satu hari aku akan buat tiga kerja. Pagi aku kerja 8pg-5ptg di kementerian. Tengahari aku selit jual kek,kuih di cafe dan opis. Malam aku kerja Dropship Pakaian. Sabtu Ahad Aku kerja di kedai jeruk asam,kek. Sampai la tahun ni tahun 2020 aku dah terbiasa kerja lebih dari satu skop kerja. Alhamdulilah Rezeki Allah.

Tahun 2020 total aku dah beli dua buah Rumah.. syukur..
belum capai target lagi. target aku nak beli 5 biji rumah atas nama aku.


Sedikit ilmu lepas ni aku nk share dari aku seorang peruding Hartanah ..aku jadi Perunding Hartanah pun selepas aku beli rumah.. hihi so berilmu la sikit kan untu share kt korang..
aku nak share

1) TIPS BELI RUMAH PERTAMA
2) CARA CHECK KELAYAKAN ANDA DAN PASANGAN
3) GOV LOAN ATAU BANK LOAN?