Saturday 13 August 2011

cerry me

Ya Allah,Aku tidak meminta seorang yang sempurna..
namun aku meminta seorang yang sempurna
sehingga dia dapat membuat ku sempurna di matamu..
aku memerlukan seorang insan sebagai pendokong ku..
doa seseorg untuk kehidupnku..
seorang yang mengatasinya kesedihan ku dengan senyumannya..
seorang yang membuatkn ku menjadi kan diri ini sempurna..
bantulah daku..tunjuk kan lah jalan-jalan nya. ('',



(: hadiah untukmu :D
Inginku kirim
COKLAT,
takut ia kan
CAIR,
ingin ku kirim
SENYUM,
takut tak
DIBALAS,
ingin ku
kirim RINDU,
takut
HAJAT x kesampaian.
SO, kan ku kirim DOA
agr dirimu sihat selalu
Tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan ada bayaran.Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti .my rainbow



 saya boleh terima
milo xde susu,
malam tanpa lampu,
ayam tanpa madu,
roti xde keju,
tapi saya tak boleh terima..
kalau tak ada contact dari u



kalau saya jadi air mata..
saya ingin lahir dari mata awak..
hidup dari pipi awak,
mati di bibir awak,
tapi kalau wak jadi air mata saya....
saya tak akan menangis,
sebab saya tak nak kehilangan awak.


bila jauh saya rindu awak sangat3...
bila awak tak sms..saya menunggu awak,
bila wak diam..saya takut...takut sangat..
awak lupakan saya..


sebanyak mana awak rindu saya..
lebih banyak saya merindui awak
tpi
sebanyak mana awak melupakan saya...
tak sedikit pun saya melupakan awak.




ku kirik 10000000 SENYUMAN
1 untuk hari ini
simpanlah 999,999 di dalam hatimu,
keluarkan lah satu persatu..
bila mengingatiku, pasti kamu akan tersenyum



hari terlalu sibuk..jam terlalu singkat tapi... saya masih ada masa untuk berkata
''saya sentiasa mengingatimu''





BENARKAH merdu buluh perindu,
maniskah gula didalam dulang
adakah miscall tandanya rindu
sms tandanya sayang


kau mungkin bukan orang pertama didalam hidupku...
tapi yang pasti kau adalah orang yang terakhir didalam hidupku yang selalu ku cintai..


rasa suka jika ada yang merindui,
lebih suka jika ada yang menyayangi
dan teramat suka jika ada yang tidak lupakan kita.

kadang-kadang sms
kadang-kadang tidak
kadang-kadang balas
kadang-kadang tidak
tapi jangan risau
seberapa banyak kadang-kadang itu
u tetap teman istimewa i..
bukan untuk kadang-kadang tapi untuk selamanya




biar rindu asal tak jemu
biar kasih asal tak sedih
biar cinta asal tak terseksa
biar sayang asal tak hilang
biar berpisah asal hati tak BERUBAH




jauh itu ada jarak yang terpisah
jauh itu ada ruang memisah
jauh itu 2 insan yang terpisah
jauh itu dua hati yang dipisah
namun.........jauh itu ada rindu yang tak sudah.


orang dulu pernah kata kalau bulu mata akan jatuh ada orang rindu, start dengar cerita tu saya terus stop ingat awak sebab saya takut awak xada bulu mata..


1001  gurauan belum tentu dapat mengukir 1senyuman,, tetapi hanya 1sindiran cukup untuk melukakan hati, dan hanya 1 sms sudah cukup membuatkan orang mengingatimu.

basket is raga, wood is kayu,
bila i terjaga, i terus ingat u,
this is kulit kerang,wood is kayu,
i cakap terus terang, i miss giler kt u.


salam manis beserta madu,
salam sayang beserta i love u
salam rindu beserta miss u
salam Rock beserta wa caya sama lu
salam ingatan saja nak tau
apa khabar u


cintailah seseorang kerana kekuranganya...kerana satu hari kamu akan bangga
 dengan kelebihanya. jangan pula mencintai kerana kelebihanya..kerana satu hari kamu akan kecewa ketika tahu akan kekurangannya.


jika seseorang menyakitimu..mengkhianatimu..menhancurkan hatimu.. jangan pernah mendendami
maafkanlah mereka kerana mereka telah mengajar kepercayaan.kesetiaan dan kewaspadaan di saat engkau mulai buka hatimu lagi..maafkanlah kerana setiap kedihan pasti akan berganti dengan kesedihan.

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mtiara jernih kita..
menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali dosa kita lanta meminta kemapunannya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.


AjARAn ayah dan ibu seperti karang bunga yang indah bagi kepalamu,
dan suatu kalungan bagi lehermu.

setitik air boleh membelah batu..begitu juga dirimu.

paip yang kosong boleh menghembuskan agin.. tetapi kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.


Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya.

jangan berbangga dengan pujian..kerana setiap pujian terdapat satu kejian.


kemuncak segala dosa itu adalah bohong, dua perkara yang sentiasa mengiringinya ialah banyak berjanji dan memberi alasan.


orang sibuk tidak cekap.. orang cekap tidak sibuk.

tiada bantal yang lebih lembut daripada ribaan seorang ibu.

belajarlah bersyukur mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.

mengkhianati teman sendiri umpama binatang yang suka memakan bangkai . bertambah busuk bangkai itu makin pula seleranya.

menilai diri sendiri adalah lebih sukar daripada menilai 10001 orang.

senyum didalam kesedihan memberi 1001 persoalan utk ditafsirkan..
senyum didalam kegembiraan memberi 1001 jawapan kepada persoalan.


nafsu mengatakan cantik atas dasar rupa parasnya,
akal mengatakan atas dasar ilmu dan kepintaranya,
hati mengatakan atas dasar akhalaknya.





KALAU KITA SYG KN SESEORANG ITU..LEPASKAN DIA PERGI..JANGAN KITA HALANG DIA..SEKIRANYA DIA JODOH KITA..PASTI AKAN KEMBALI KEPADA KITA SEMULA WALAU SEHEBAT MANA PUN PENGANTI YANG DIA JUMPA.


JANGANLAH GENGAM TERLAMPAU KUAT...KHUATIR AKAN PECAH BERDERAI DAN TIDAK BOLEH DISAMBUNG BALIK. SEKIRANYA DISAMBUNG BALIK TIDAK MUNGKIN AKAN MENJADI SEPERTI DAHULU LAGI WALAUPUN DALAM GENGAMAN KITA

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu
adangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….


Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu….

Cinta kita bagaikan layang-layang yang bebas di udara,Yang menyanyi keriangan bila dilepaskan,Teteapi bila talinya putus,Ia hanyut di lautan begitu sahajaitulah dengan cinta kita... 

benar kata SPRING - KITA DITAKDIRKAN JATUH CINTA....♥♥namun seperti kata STINGS - ADAKAH KAU SETIA??walhal diriku x ubah seperti RAHMAT - HANYA SEGENGGAM SETIA..sekiranya kita seperti SCREEN - KITA DITAKDIRKAN BERPISAH.. :(ku hanya seperti ILUSI - SEGALANYA KU TERIMA..walau hati ini seperti ARROW - NIAT HATI X NK BERPISAH...akanku turuti KAPILLA - MERINDU TANPA KATA...ketika itu diriku seperti SCOIN - KU MENANGIS KEHILANGAN MU...akan ku ajukan permintaan EYE - IZINKAN SELAMANYA NAMAMU DI HATI...♥& diriku hanyalah seperti OKAY - KU RELAKAN DIKAU PERGI....:(

♥ Berapa lama lagi harus kujalani titian rindu, Sudah meninggi sayu hati membeku dikalbu, Tak dapat tertanggung lagi hasrat bertemu, Menatap wajah sang kekasih hatiku, Seribu malam telah terlewati, Semusim waktu sudah ku lalui, Masa ke semasa kian berganti, Namun rindu belum terubati.... ♥ 
 hati itu umpma kaca , jgn bia ia retek ..
--> akal itu umpma air , jgn bia ia kering ..
--> iman itu umpma debu , jgn bia ia hlang ..
--> persahabatan itu pulak umpma tali , jgn bia kn ia trputuz ... ♥



Wednesday 10 August 2011

keturunan???opppsz family or boyfriend?

syed's family

SOALAN : sy juz pelik.. kenape mesti smpai nk putus sedare
smate2 kerane hal ni..
dlm keluarge lina tu mmg dh penah berlaku hal
mcm ni.. berlaku kt makcik dier sendiri.. di mane
makcik dier let her two daughters married with non-
syed.. keluarge makcik tu di pulau leh sedare
mara.. semate2 sbb dier biarkan anak2 dier kawin
dgn yg bukan syed.. kenape smpai jadi mcm tu
skali..?? bukannye anak2 makcik tu buat maksiat
ke atau buat sesuatu doser besar yg memalukan..!!

  JAWAPAN : Sabda Nabi saw : “ Maka mereka keturunanku, diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah (neraka wail) bagi umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubunganku dari mereka. Kepada mereka itu Allah tidak menurunkan Syafa’atku” (Hadis Riwayat : Tabrani, Al-Hakim, Rafi’i dan Mazahib)

Hadis ni jelas…mengatakan memutuskan hubungan nabi adalah dengan pernikahan…Cuma jalan itu sahaja yang menyebabkan putusnya nasab dengan nabi…
Dalam hukum Feqah juga disebut dalam masalah Kufu’ atau Kafaah….kalau hendak diterang dalam ruangan ini tidak pantas..perlu dirujuk kepada kitab2 Imam Syafie atau Imam Mazhab yang lain….sebagai contoh “Wanita Arab tidak Kufu dengan Lelaki bukan Arab”…dan banyak lagi…Kufu adalah terletak kepada  wanita …
kufu’ = derjat/taraf




SOALAN : juz nk tanye.. kalau dh smpai putus sedare.. putus
hubungan sesame sendiri.. berburuk sangke.. still
lagi ke perlu teruskan amalan kawin sesame
keturunan syed ni..??


JAWAPAN : Bab putus keluarga ni…kenapa sanggup mak si LINA tu putus atau pulaukan dia…mudah saya…berdasarkan hadis….kalau si LINA sanggup putuskan hubungan Nasab dia dengan Rasulullah…apa relevannya EMAK dia nak  berhubungan dengan dia???..mana lebih penting???…jadi bermakna si LINA ni lebih sayangkan hubungan dengan Boyfren dia dari Hubungan Nasab dengan Nabi…so dia lebih cintakan keturunan lain selain keturunan Nabi…cuba perhatikan hadis dibawah ni…

Sabda nabi “Tidak Beriman seorang hamba Allah selagi ia tidak mencintai aku melebihi dirinya sendiri, lebih mencintai keturunanku melebihi keturunannya, lebih mencintai keluargaku dari keluarganya sendiri dan mencintai zatku melebihi zatnya sendiri” (H.R Tabrani, Al-Baihaqi, Ad-Dailami)

Tau tak  maksud TIDAK BERIMAN??…Refer kitab Usuluddin…tak beriman nak berhubungan apa kebender nyerrr…





SOALAN :sy bukannye alim sangat pasal hal agama.. but
klu x silap sy.. sy pernah bace.. yg Rasul x ngaku
umat bgi sape2 yg putuskan hubungan sesame
Islam.. n perkare ni lebih diketahui umum dari
hadis yg sedara bagi..
mane lgi lebih di laknat Allah..?? kawin n terus
sambungkan darah yg dikatakan ade kaitan dgn
rasullulah.. atau nk di laknat tuhan..


JAWAPAN : OO..Tak alim yaaa….kalau tak jelas hadist jangan dok main cakap jer…mana boleh kata “KALAU TAK SILAP SAYA”…kalau silap macamana??…Saya rasa lebih baik awak belajar dalam bab Munakahad, bab Kafaah bab Kufu’ dalam perkawinan….ini bukan masalah putus hubungan or apa…jangan bercakap dalam hal yang kita tidak tahu, kerana Keturunan Rasulullah ini (ahlul bait) mempunyai hukum-hukum khusus buat mereka, seperti contoh, mereka haram menerima (makan) dari zakat dan sedeqah, mereka berhak menerima 1/5 Ghanimah dan banyak lagi hokum khusus buat mereka yang tidak kepada orang awam….janganlah awak nak bela si LINA tu sampai awak langgar hukum2 khusus ni…

SOALAN : ader ke kt dlm Al-Quran mengatekan psl hal Allah
akan melaknat syarifah yg x kawin dgn syed..??
ader ke..?? wajib sangat ke..??

JAWAPAN: Ehhh…awak ni yang emosi sangat ni kenapa??..kalau hal takder dalam Quran, dalam hadis ada..contoh …dalam Quran tak ajar cara nak solat…tapi hadis yang ajar cara-cara solat…
Dalam Quran telah mengatakan, binatang yg mati tanpa disembelih dgn menyebut nama allah adalah bangkai dan haram makannye…hadist menerangkan Ikan dan belalang halal dimakan walaupun tidak disembelih…
Wajib sangat awak tanya????….MEMANG WAJIB !!!….
Sabda Nabi “Janganlah kamu menikahkan wanita, kecuali dengan yang sekufu (sedarjat) dan jangan engkau menikahinya dengan izin walinya…”

Sedangkan Hadist Rasulullah saw yang memberikan dasar perlaksanaan Kaf’ah Syarifah adalah hadist tentang peristiwa pernikahan Sayidatina Fatimah dengan Sayidina Ali bin Abi Tholib, sebagaimana kita telah kethui bahawa mereka berdua adalah manusia suci yang telah dinikahi oleh Nabi saw berdasarkan wahyu Allah swt. Hadis tersebut berbunyi :

"Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian. kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah swt). Kemudian Rasullulah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja'faf  dan befiau berkata : "Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak lelaki kami hanya menikah dengan anak- anak perempuan kami".

Menurut hadits di atas dapat kita ketahui bahwa : Anak-anak perempuan kami (syarifah) menikah dengan anak-anak laki kami (sayid/syarif), begitu pula sebaliknya anak-anak laki kami (sayid/ syarif) menikah dengan anak-anak perempuan kami (syarifah).

Meh kita tengok apa kata Imam Ahmad bin Hambal (Mazhab Hambali) ;” Wanita keturunan mulia (syarifah) itu hak seluruh walinya, baik yang jauh atau yang dekat. Jika salah seorang dari mereka tidak redho dikahwinkannya wanita tersebut dengan lelaki yang tidak sekufu’, maka ia berhak membatalkan. Bahawa wanita (syarifah) hak Allah, Sekiranya seluruh wali dan wanita (syarifaha) itu sendiri redho menerima lelaki yang tidak sekufu’, maka keredhoan mereka tidak sah”.

Ada lagi ni…Hakim pengadilan Mesir telah memfasakkan (batal) pernikahan anatara Syarifah dengan non Sayyid yang terdapat dalam Fatwa Al-Manar,JUZ VII,hal 447 ditulis : “Sebagaimana yang pernah terjadi dalam kasus pengadilan diMasir pada tahun 1904, mengenai perkahwinan Sheikh Ali Yusof dengan Syarifah Shofiyah binti Sayyid Abdul Khaliq Al-Saddat. Hakim Syarie menetapkan batalnya akad berdasarkan tidak ada kafaa’h. Kerana perempuan dari Golongan Alawiyyiah (ahlul bait) sedangkan lelaki dari bukan Alawiyyah (non sayyid)”

Ishhh…banyak lagi la kalau nak crita kat sini..sebab saya bercakap berdasarkan nash, dalil dan fakta serta hukum berpandukan kitab..bukan dengan perasaan bangga, ujub, riak,sombong dan takabbur…kenapa masih mau pertikai lagi tentang perihal keluarga kami??..semata-mata nak bela member awak tuh…bukannya saya saja2 nak tulis atau nak reka2 cerita ni kalau tiada nas yang jelas…
Sabda nabi:  “Mengapa masih ada orang-orang yang menggangguku melalui nasab (keturunan) dan kaum kerabatku?..Sesungguhnya barangsiapa yang  yang menggangguku dalam hal nasabku dan kaum kerabatku, beerti dia  menggangguku dan barangsiapa yang menggangguku bererti dia mengganggu Allah”.(Hadis Ashabus Sunan Shahih)

Sabda Nabi “ Amat keras murka Allah swt atas orang-orang yang menyakiti aku dalam hal keturunanku”




SOALAN : adakah dh wujud
perasaan bangge diri n bongkak di kalangan
keturunan syed ni smpai kan kne kawin dgn
sesame je..


JAWAPAN: Sabda Nabi : “Sesungguhnya Allah memilih Kinanah dari keturunan Ismail, Memilih Bani Hasyim dari keturunan Quraisy dan memilihku dari Bani Hasyim”..
Sabda Nabi : “Saya adalah putra Adam yang PALING BERTAQWA dan yang PALING MULIA dihadapan Allah dan tidak sombong
Dalam kitab Nahjul Balaghoh perkataan Imam Ali bin Abi Tholib r.a bahawa : “Tiada seorang pun dari umat ini dapat dibandingkan dengan keluarga (aal) Muhammad saw..maksud perkataan Imam Ali itu ialah bahawa tiada orang (bangsa) didunia ini yang setaraf (sekufu) dengan mereka (ahlul bait), tiada pula orang yang dapat dianggap sama dengan mereka dalam hal kemulian.

Sabda Nabi :”Allah menciptakan manusia dan telah menciptakan diriku berasal dari jenis kelompok manusia yang terbaik. Kemudian Allah menciptakan dari Qabilah-qabilah terbaik dan menjadikan aku dari qabilah yang lebih terbaik dari itu, lalu Allah menciptakan  keluarga-keluarga terbaik dan diriku dari keluarga yang paling terbaik dari itu.Akulah orang yang terbaik dari mereka, baik dari segi peribadi maupun dari silsilah” (H.R Tirmizi,Hadis Hasan)

Apakah berani awak kata Nabi juga Bongkak dengan bersabda begitu??.. dan adakah Imam Ali bin Abi Tholib ini juga Angkoh dengan keturunannya???. .jangan sedap mulut, ikut perasaan nak kata syed ni bongkak..kalau tak tau ceritanya…ingat ni filem P.Ramlee “Antara Dua Darjat” ke??..



SOLAN : maaf kan sy klu terkasar bahase.. sy juz
konfiyus.. perasaan seseorang x leh di kawal.. dari
kecil lagi lina tu mmg dh tau psl hal ni n dier cube
kwal diri dr fall in luv with someone non-syed.. lgi
satu.. pakwe dier tu okay je.. baik ler.. dari serba
serbi.. agama pun ade.. daripade syed2 yg dier
kenal but agama ntah melayang ke mane..


JAWAPAN: Pak we dia OK?? Camana awak tau??..pelik aaa..apasal nak korek pasal syed yang tak pandai agama tuh??..walau Syed tu seteruk macamana pun….dia tetap Zuriat Nabi…jangan sedap mulut nak kondem dia…Walau sebaik mana pun si Pak We LINA tuh…kalau  kawin  ngan lina…pasti terima laknat dan takkan dapat Syafaat dari Nabi…walau warak macamana pun, berdasarkan hadis ini :
Sabda Nabi saw : “ Maka mereka keturunanku, diciptakan (oleh Allah) dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah (neraka wail) bagi umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan dari mereka. Kepada mereka itu Allah menurunkan Syafa’atku” (Hadis Riwayat : Tabrani, Al-Hakim, Rafi’i dan Mazahib)




SOALAN : "tiader perbezaan di antara manusia di sisi Allah..
melainkan IMAN dan TAKWA.."


JAWAPAN : Kalau betul pakwe dia tu bertakwa….takkan la nak langgar larangan nabi cek oiii..nabi dah cakap kat hadis tadi tu laknat…yang awaak nak kata takwa camana???…tu bukan takwa..tu Tokua’…
Sama ke air zam-zam dengan air tasik???…. .kami bukan sombong atau angkuh seperti yang awak lemparkan…tapi kami mau menjaga Syarifah ini supaya anaknya nanti juga akan bergelar Syed/Syarifah sepertinya juga….dan mendapat kemulian sepertinya yang khusus sebagai keturunan manusia yang paling mulia…Alangkah ruginya si LINA tu nanti bila anak2nya tidak bersambung nasab dengan Nabi kerana nabi dah berjanji akan bertemu dengan keturunannya diakhirat kelak..seperti hadis ni :
Sabda Nabi “ Setiap sebab dan nasab akan terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan NASABKU” (H.R Tabrani)
Yang Emak dan Bapak si LINA tu larang sangat….mereka tak mau nanti cucu mereka tak dapat GERENTI dari Nabi…seperti hadist dibawah ni :
Sabda Nabi : “Semua anak dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka, kecuali anak-anak Fatimah, akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka” (H.R Tabrani)

Sabda Nabi : “Fatimah itu manusia yang menjaga kehormatan, maka Allah mengharamkan dia dan keturunanya dari sentuhan api neraka” ( H.R Tabrani)
Dari Ibnu Abbas, Sabda Nabi : “Sesungguhnya allah tidak akan menyiksamu dan anak cucumu” (H.R Tabrani)

Sabda Nabi : “Aku telah memohon kepada tuhanku supaya tidak memasukkan seorangpun dari ahlul baitku (keturunanku) kedalam neraka, dan Dia (Allah) mengkabulkan permohonanku” (H.R Imran bin Hashin r.a)

Sabda Nabi : “ Fathimah telah menjaga kehormatan dan kesuciannya, kerana itu Allah akan memasukkannya bersama keturunannya kedalam syurga” (H.R Ibnu Mas’ud)

Agak2 rugi x anak2 si Lina kalau dia kawin dgn non Syed kalau tak dapat GARENTI dari nabi spt yg baginda sabdakan mcm hadist diatas?? dah duduk dalam kolam nabi, tetibe nak kluar dari kolam tu watper?? jgn kira dpt untung sikit kat dunia, tapi rugi besar kat akhirat....

Sekarang ni dok tengah becinta syoq laa…smuanya indah, smuanya nampak takwa...lupa semua amaran nabi..…esok dah 3-4 tahun lagi lepas menikah…baru tau nak menyesal…ramai yang saya jumpa macam tu…ada hati nak letak anak nama Wan, Meor, Megat dsb utk apa??? nak jugak anak tu digelar ada keturunan ke??...dah terlambat..anak tu nanti akan tanya mak dia kenapa dia begitu dan begini, padahal sepupu dia ada silsilah sampai rasulullah....pasti dia akan rasa terasing.....didunia dah terasing apatah lagi diakhirat….nauzubillah...
Syafaat Nabi yg pertama akan terlaksana di telaganya dan terdiri dari kaum kerabat keluarganya yang baginda janji akan menunggu mereka di Haud di akhirat kelak....

.....ada lagy....




SOALAN 1. : Mengenai penggunaan kata ahlulbait dalam
Alquran perlu diteliti lebiiih jauh lagi
deh??demiAlllah ana berkata ini bukan wahabbi,
justru ana ngebela ahlulbait, cumana makna
ahlulbait disini rancu dalam penafsiran sebagian
habaib-habaib di indonesia, Ahlulbait, qurba,
dzuriiat, dll, coba kita melihat ayat al-ahzab 33
: dimana ahlul bait ituu suci sesuci-sucinya, ana
hendak menanyakan, apakah
antum adalah org suci, apakah kaum sayyid dan sarifah di
indonesia itu suci?? tak pernah berbuat dosa,
bukankah suci ituu tak pernah berbuat dosa, coba
renungkan kemballi... sehingga diperlukan disini
tafsir quran bil quran bukan quran bi'rayu,
bukankah ahlulbait itu maknanya secra
khususulkhusus bukan secara khusus bahkan
umum,
mungkin ya.. kaum sadah dikatakan ahlulbait tetapi
secara khusus, bukan khususul khususus??


JAWAPAN 1 : Kaum Sadah adalah ahlu bait, penafsiaran Ahlul Bait ini perlu disemak melalui kitab…sukar untuk dijelaskan diruang yang serba sempit ini….tapi berkenaan suci terlalu panjang utk dibahaskan. Saya akan sertakan beberapa hadis berkenaan zuriat keturunan Nabi saw :
Sabda Nabi : “Semua anak dilahirkan oleh ibunya bernasab kepada ayah mereka, kecuali anak-anak Fatimah, akulah wali mereka, akulah nasab mereka dan akulah ayah mereka” (H.R Tabrani)
Sabda Nabi : “Fatimah itu manusia yang menjaga kehormatan, maka Allah mengharamkan dia dan keturunanya dari sentuhan api neraka” ( H.R Tabrani)
Dari Ibnu Abbas, Sabda Nabi : “Sesungguhnya allah tidak akan menyiksamu dan anak cucumu” (H.R Tabrani)
Sabda Nabi : “Aku telah memohon kepada tuhanku supaya tidak memasukkan seorangpun dari ahlul baitku (keturunanku) kedalam neraka, dan Dia (Allah) mengkabulkan permohonanku” (H.R Imran bin Hashin r.a)
Sabda Nabi : “ Fathimah telah menjaga kehormatan dan kesuciannya, kerana itu Allah akan memasukkannya bersama keturunannya kedalam syurga” (H.R Ibnu Mas’ud)

Ini mungkin dapat menjawab pertanyaan tentang Al-Ahzab 33 (hal kesucian)



SOALAN 2.: tentang ayat surat alahzab 57 bahya istri
nabiii ituu tak boleh dinikahi untuk
selama-lamanya???saya hendak bertanya pada
anda, bukankah makna ahlulbait itu berbeda
dengan makna istri-istri nabi,, dalam ayat ini tak
menceritakan ahlulbait tetapi istri-istri nabi ,
sehingga tidak ada huubungan, bukankah Ahlulbait
yang khususlkhusus itu Ali kw, Fatimah ra, Hasan
ra, Husein ra , sebagai tafsiran Qs alahzab 33
yang dijelaskandalam hadits alkisa..


JAWAPAN 2 : Benar…isteri-isteri Nabi saw bukanlah dari ahlul bait…pernah sahabat bertanya kepada sahabat yang lain, “Siapakah ahlul bait?..jawab sahabat yang lain “Ahlul bait yang diharamkan zakat dan sedeqah”…tafsian ulamak dalam hal ahlul bait ini sangat luas, seperti yang saya katakana tadi terlalu panjang jika mau dibahas..Isteri nabi yang diharamkan dinikahi selama2 nya adalah seumpama mengganggu atau menyakiti nabi..Cuma dibawa perumpamaan sahaja, sekira isteri nabi yang ikatan keluarga dengan nabi melalui perkahwinan pun tidak bisa diganggu (nikah) apatah lagi Syarifahh yang mempunyai hubungan keluarga melalui pertalian nasab dengan baginda…ini lebih2 lagi dilarang…itu maksudnya..
Firman Allah :”Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menggangu) Alalh dan RasulNya, Allah akan melaknat didunia dan diakhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan” (Surah Al-Ahzab : 57)





SOALAN 3. Memutuskan tali silaturahmi dengan BIN , hal
inni benar tetapi kebeanaran salah sattunya bukan
sattusatunya, maksudnya org yang memutuskan
bin slahsatu perkara memutuskan silaturahm, tetapi
banyak perkara laiin yg memutuskan tali
silaturahmi bukan hanya masalah BIN, contohnya
pertengkaran permusushan, ini lah yg dimaksud
dalam dalil naql tersebuuut.
Mengenai BIN, bukankah kaum non sadah pun
ada yang melestarikan BIN, kalau tidak hal itu bukanlah
perkara yg disengaja bagi kaum non sadah,
maksudnya, jikalau dalil naql tersebuuut harus
maasalah bin, kenyataannya banyak kaum non
sadah pustus binnya tanpa disengaja, berarti mereka
kaum nonn sadah dilaknat semua oleh nabi, hal ini tak
logis...dann surga hanya milik ahllulbait .


JAWAPAN 3 : Mungkin saudara salah faham…bukan maksud memutuskan SILATURRAHIM…Dalam hal ini…disebut memutuskan NASAB dengan Rasulullah..Kalau dengan pertengkaran/pergaduhan ini tidak akan memutuskan hubungan NASAB dengan Nabi..siapa yang mau bertenkar/gaduh dengan Nabi?..kita membicarakan tentang putus NASAB…
Sabda Nabi saw : “ …Maka Celakalah orang-orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka (keturunanku) dan memutuskan hubunganku (Nasab) dengan mereka, Allah tidak akan menurunkan syafaa’tku kepada orang-orang seperti itu” (HR Tabrany dan Aimmah Mazahib)

Jika saudara masih ragu dan maukan logisnya bukan disini tempatnya..kerana akan hal ahlu bait ini adalah ujian dari Allah untuk mempercayai atau tidak tentang kelebihan/keutamaan mereka ini..seperti disabdakan oleh Nabi saw : “Sesungguhnya kalian pasti akan diuji mengenai urusan yang menyangkut keluargaku (ahlul baitku), sesudahku nanti” (HR Tabrani dalam Al-Jamiu’l Kabir).

Sabda Nabi : “Syurga diharamkan (Allah) bagi orang yang berlaku zalim terhadap Ahlul Baiytku dan menggangguku melalui keturunanku” (HR Ahmad)






SOALAN 4. saya pppun mengumpulkan banyak fatwa ulama
habaib yg bermazhab syafei yg melarang keras
pernikahan ini, tetapi banyk pula dari habaib
berfatwa yg menghalalkan pernikahan ini mungkin
dari mazhab laennya., walhasil ketetapan ulama
tak bisa begitu saja kita telan tetapi harus merujuk
kembali kpd quran dan sunnahnya ahlulbait (yg
khususul khusus)


JAWAPAN 4 : Saudara mengatakan banyak fatwa dari Habaib yang menghalalkan pernikahan ini????…jangan bermain api wahai saudaraku…. jangan membuat fitnah  dengan mengaitkan Habib…sila kemukakan dalil dan bukti yang mengatakan BANYAK HABAIB MENGHALALKAN…Siapa yang mau telan tanpa merujuk Quran dan Sunnah????….mari kita lihat…mau telan atau dikunyah dahulu??

Sabda Nabi “Janganlah kamu menikahkan wanita, kecuali dengan yang sekufu (sedarjat) dan jangan engkau menikahinya dengan izin walinya…”
Apa kata Imam Ahmad bin Hambal (Mazhab Hambali) ;” Wanita keturunan mulia (syarifah) itu hak seluruh walinya, baik yang jauh atau yang dekat. Jika salah seorang dari mereka tidak redho dikahwinkannya wanita tersebut dengan lelaki yang tidak sekufu’, maka ia berhak membatalkan. Bahawa wanita (syarifah) hak Allah, Sekiranya seluruh wali dan wanita (syarifaha) itu sendiri redho menerima lelaki yang tidak sekufu’, maka keredhoan mereka tidak sah”.
Ini pula Ulama moden…Hakim pengadilan Mesir telah memfasakkan penikahan antara Syarifah dengan non Sayyid yang terdapat dalam Fatwa Al-Manar,JUZ VII,hal 447 ditulis : “Sebagaimana yang pernah terjadi dalam kasus pengadilan diMasir pada tahun 1904, mengenai perkahwinan Sheikh Ali Yusof dengan Syarifah Shofiyah binti Sayyid Abdul Khaliq Al-Saddat. Hakim Syarie menetapkan batalnya akad berdasarkan tidak ada kafaa’h. Kerana perempuan dari Golongan Alawiyyiah (ahlul bait) sedangkan lelaki dari bukan Alawiyyah (non Sadah)”

Sedangkan Hadist Rasulullah saw yang memberikan dasar perlaksanaan Kaf’ah Syarifah adalah hadist tentang peristiwa pernikahan Sayidatina Fatimah dengan Sayidina Ali bin Abi Tholib, sebagaimana kita telah kethui bahawa mereka berdua adalah manusia suci yang telah dinikahi oleh Nabi saw berdasarkan wahyu Allah swt. Hadis tersebut berbunyi :

"Sesungguhnya aku hanya seorang manusia biasa yang kawin dengan kalian dan mengawinkan anak-anakku kepada kalian. kecuali perkawinan anakku Fathimah. Sesungguhnya perkawinan Fathimah adalah perintah yang diturunkan dari langit (telah ditentukan oleh Allah swt). Kemudian Rasullulah memandang kepada anak-anak Ali dan anak-anak Ja'faf  dan befiau berkata : "Anak-anak perempuan kami hanya menikah dengan anak-anak laki kami, dan anak-anak lelaki kami hanya menikah dengan anak- anak perempuan kami".


Menurut hadits di atas dapat kita ketahui bahwa : Anak-anak perempuan kami (syarifah) menikah dengan anak-anak laki kami (sayid/syarif), begitu pula sebaliknya anak-anak laki kami (sayid/ syarif) menikah dengan anak-anak perempuan kami (syarifah). Berdasarkan hadits ini jelaslah bahwa pelaksanaan kafa'ah yang dilakukan oleh para keluarga Alawiyin didasari oleh perbuatan Rasul, yang dicontohkannya dalam menikahkan anak puterinya Fathimah dengan Ali bin Abi Thalib. Hal itu pula yang mendasari para keluarga Alawiyin menjaga anak puterinya untuk tetap menikah dengan laki-Iaki yang sekufu sampai saat ini.

Di zaman Syekh Umar Muhdhar bin Abdurahman al-Saqqaf, oleh para keluarga A!awiyin beliau diangkat menjadi 'Naqib al-Alawiyin' yang salah satu tugas khususnya adalah menjaga agar keluarga Alawiyin menikahkan putrinya dengan lelaki yang sekufu'. Mustahil jika ulama Alawiyin seperti Muhammad bin Ali al-Faqih al- Muqaddam, Syekh Abdurahman al-Saqqaf, Syekh Umar Muhdhar, Syekh Abu Bakar Sakran, Syekh Abdullah Alaydrus, Syekh Ali bin Abi Bakar Sakran dan lainnya, melaksanakan pernikahan yang sekufu. antara syarifah dengan sayid hanya berdasarkan dan mengutamakan adat semata-mata dengan meninggalkan ajaran datuknya Rasulullah saw sebagai uswatun hasanah bagi umat, padahal mereka bukan saja mengetahui hal-hal yang zhohir tapi juga mengetahui hal-hal bathin yang didapat karena kedekatan mereka dengan Allah swt.
“Hanya keluarga mengetahui rahsia keluarganya sendiri”

WAhuaalam... :)
-----------------------------------------------------------------------------------------------

StOry 2
http://www.asyraaf.org/forum/forum.php?mod=viewthread&tid=2538&page=14#pid100729AWABAN KEPADA BLOG TERSEBUT
Tulisan ini bagi menjawab kekeliruan dikalangan Saadah terhadap kaumnya sendiri kerana melayan kenyataan yang berlandaskan nafsu

Assalamua’laikumya Habib...
Sebelum anamenulis dgn panjang lagi untuk menjawab persoalan antum…ana mohon maafsekiranya adanya bahasa yang kurang enak dibaca. Berkata benar walaupunpahit….itu perinsip ana. Tiada langsung untuk ana menunjuk pandai dan maumengajar antum kerana ana jauh kebelakang berbanding antum..Cuma dgn asas yangsedikit ini mudahan mengembang biak menjadikan bekal manafaat diharikemudian..ana mohon dari antum,agar dibaca dgn hati yang tenang dan bersangkabaik, kerana kita datangnya dari benih yang sama…

Antum adamenyebut : Tidak disebut tentang Syed dalam Al-Quran.. sepertinya antumtidak kenal, tidak kenal siapa keturunan antum… sekiranya kita tidak mengenalisiapa diri kita, bagaimana utk kita mengenal Allah? .. siapa itu “Syed”… Syed @Sayyid adalah keturunan yang nasabnya bersambung kpd Nabi saw…ini bermakna Syedadalah keturunan @ keluarga @ ahlilbaiyt @ A’al @ Itrah Nabi Muhammad saw,beerti adalah kaum keluarga Nabi saw.
Dalam Quran adadisebutkan “ Katakanlah (wahai Muhammad), aku tidakmeminta upah apa pun atas seruanku, kecuali kecintaan terhadap keluargaku”( Surah Asy-Asyura)
Dalam ayattersebut, Allah menyuruh Nabi beritahu kepada umatnya, jangan minta apa2 upahatas kerja dakwah yang telah nabi lakukan terhadap umatnya dgn membawa umatdari kegelapan kepada cahaya ilahi, yakni Islam, melainkan cuma minta umatnyamencintai, menghargai dan berbuat baik terhadap
keluarga dan keturunan baginda semata-mata.



ASSHOBIYYAH
Antum jugamenyebut : Syed mengamalkan Asshobiyyah kerana berkahwin sesama bangsa(puak).
PerkahwinanSyed sesama Syarifah tidak boleh dipandang sebagai Asshobiyyah keranaperkahwinan sesama mereka dituntut Syarak yang disebut dalam hal Kafaah. (silarujuk kitab Kafaah)
Asshobiyyahyang dilarang oleh Islam adalah dalam hal membuat kemungkaran. Dizamanjahiliyyah… sesuatu puak menyokong puaknya tanpa usul periksa samada puaknyasalah atau tidak…mempertahan puaknya walaupun puaknya bersalah…Ada pula yangmempertahan ketua puaknya walaupun ternyata ketuanya melakukankesalahan……Asshobiyyah ini yg ditegah.
Dalam halpernikahan antara Syed-Syarifah ini, tidak boleh antum sifatkan Asshobiyyahkerana mereka menjaga keturunan. Nabi juga menitik beratkan hal keturunan dalamsyarat memilih jodoh..carilah jodoh yang berketurunan yang baik-baik…ertinyaketurunan Rasulullah ini adalah keturunan yang baik…Sekira dihitung Bin nyahingga keatas, mereka adalah keturunan yang tidak pernah sembah berhala…hal inibukan hal yang mungkar kan ??..

Ramai yangberanggapan hal ini cuma ADAT. Mungkin generasi terdahulu tidak dpt menerangkandgn terperinci apabila disoal : “kenapa pilih sesama syed utk menikah??”.
Perlu jugaditerangkan disini utk generasi kini dan akan datang… Keluarga @ Keturunan Syedyang bersambung nasab dgn Rasulullah ini mendapat haknya didoakan oleh umatIslam diseluruh dunia sekurang2nya 5kali sehari didalam solat ketika SalawatTasyahud Akhir. “WAA’LA ALI MUHAMMAD”.
SekiranyaSyarifah yang berkahwin dgn non Syed..sudah pasti anaknya terputus nasab dgnRasululah, maka secara logikanya…Salawat khusus kepada keluarga @ keturunan @A’al Muhammad tidak akan diperolehinya…hal ini suatu kerugian terhadap anakSyarifah tersebut disebabkan nasab anaknya terputus dgn Rasulullah keranaperkahwinannya dgn non syed.
Tiada cara lainlagi untuk Syarifah itu menyambungkan nasab anak2nya kelak melainkan dia harusmemilih Syed sebagai suaminya, agar anaknya masih menyambung ke Rasulullahmelalui hubungan nasab.
Andai pemilihanSyarifah dgn non syed tadi dikatakan kerana cinta yang mendalam, ertinyacintanya kpd non syed melebihi cintanya kepada nasab @ keturunan Rasulullah(refer hadist diatas). Dan sekiranya dikatakan pemilihan Syarifah adalah : nonsyed itu bertaqwa…ini belum boleh diukur taqwanya….kerana orang yang bertaqwatidak akan sanggup memutuskan nasab anak si Syarifah itu nanti dgn nasabRasulullah…kerana Rasulullah pernah bersabda “Celakalahorang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan dgnmereka. Allah tidak akan menurunkan Syafaatku kepada orang-orang seperti ini”.
Jadikesimpulannya…mau tidak mau, kita kena terima akan hal ini. Mungkin akanberkata “dah jodoh, nak buat mcmana..takkan nak lawan takdir
Rezeki,jodoh,ajal-mauturusan Allah…tapi kita boleh memilih utk rezeki,jodoh ajal-maut yang sepertimana….ada orang cari rezeki dgn hasil haram….adakah boleh kita kata “dahtakdir rezeki dia allah tetap begitu,nak buat macamana”.
Matibunuhdiri “dah takdir ajal dia mcm tu, nak buat macamana”…boleh kata macamtu???..


AKHBAR
Antummengatakan : Akhbar putar-belit kenyataan TGNA.
Dalam halucapan TGNA dalam statement beliau tempohari, sekiranya akhbar Sinar Hariansengaja memutar belitkan ucapannya…..TGNA boleh membetulkannya dalam Harakahatau TVPAS…atau boleh saja TGNA mengambil tindakan undang2 dgn alasanmemesongkan fakta dan menimbulkan perpecahan….tapi, sampai hari ini tiadatindakan dibuat. Mungkin TGNA menganggap hal ini remeh…tapi bagi orang islam danahlulbaiyt, ini adalah suatu penghinaan keatas nasab baginda yang keterlaluanyang tidak boleh dimaafkan, kerana ia bersangkutan Hukum.

KemungkinanTGNA tersasul atau tersalah menyusun kata2nya sehingga terkeluar ucapan begituseprti pernah berlaku kpd Rosnah Mat Aris (artis) yang mengatakan Siti Khadijah“tua nak mampus”... Rosnah bertanggungjawab atas ucapannya dan mengakudia salah menyusun kata2 dan memohon maaf secara terbuka..tapi TGNA hingga kinimasih mempertahan ucapannya tanpa rasa bersalah. Impak daripada ucapan TGNAantum boleh baca forum2 dan blog oleh penyokong PAS dgn menghentam keturunanSyed dgn cacian dan makian keatas keturunan. Ada juga yang mengatakan KeturunanSyed adalah keturunan sial dan celaka.
Dalam youtube(tvpas) TGNA menyebut Abu Lahab adalah Tok Syed. Ini adalah suatu kenyataanyang menyeleweng…kerana menyalahi ilmu nasab. Abu Lahab bukan Syed, kerana Syed@ Sayyid adalah dari keturunan Hassan dan Hussain.
Menurut urutandalam ilmu nasab, Sayyid adalah mereka yang berasaldari keturunanSayyidina
Hassan @ Hussain dari BaniHasyim – Quraish - Arab.

Manakala AbuLahab berasal dari Bani Hasyim
– Quraish–Arab.

Kita dapatistatement TGNA menyalahi ilmu nasab @ silsilah.
Disebabkan ucapanTGNA menyebut begitu, ramai yang beranggapan bahawa, ada Syed dari keturunanAbu Lahab.
Bagi kita yangmempunyai Nasab dan Silsilah yang bersambung kpd Manusia suci, menjadi suatuaib apabila ada orang yang cuba mau sambungkan dgn Manusia Keji (Abu Lahab).Statement yang begini boleh mengakibatkan percikan api fitnah dan akan merebakkalau dibiarkan tanpa diberi penerangan. Sudah ribuan tahun mereka yangberketurunan Syed ini menyimpan naskah silsilah yg tersambung dgn Rasulullahyang dicatat dari generasi ke generasi seterusnya, tapi ada yang cubamencemarkan dgn jurai Abu Lahab kedalamnya. Nasab yang disimpan dan dijaga itubukan utk kebanggaan..tetapi untuk dihargai.
Sedangkankucing Parsi yang ada catatan nasabnya begitu mahal dijual….apa lagi nasab manusiayang menyambung kepada Makhluk yang Paling Mulia lagi Suci disisi Allah.
Pepatah melayuada menyebut “Apabila guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari”.Bayangkan sekiranya kencing berlari…..semua terpercik najis.. maka, anamemandang ucapan TGNA amat bahaya sekiranya tidak ditanggapi dgn semoleknya.
Ibnu Hajarlebih jauh mengatakan : “Orang harus menahan diri, jangan sampai mengecammereka (ahlulbaiyt dan keturunan Rasululllah). Jika ada seorang diantara merekayang berbuat fasik berupa bide’ah atau lainnya, yang harus dikecam hanyalahperbuatannya, bukan zatnya, kerana zatnya itu merupakan bahagian daripadaRasululla saw, sekalipun antara zat baginda dan zat orang itu terdapatperantara (wasa’ith)”.
Ana jugaseorang pengkagum TGNA… Tapi, apabila TGNA membuat kenyataan yang bertentanganSyarak, ana tidak akan berdiam dgn mengiyakan saja….prinsip ana, salah tetapsalah, benar tetap benar…ini kerana ana menolak Asshobiyyah yg ditegah.




UMAT &ZURIAT & TAQWA
Ana bersetujudgn pendapat antum… “Manusia adalah sama, melainkan yang bertakwa”
Tetapidikalangan manusia ada juga berbeza dari sudut keistimewaan dan kemuliaan sertakekhususan. Antara umat Nabi Muhammad dan umat nabi Musa atau nabi2 yang lain..adaperbezaannya.
Umat nabi lainmati sudah beribu tahun sebelum umat Muhammad ujud, tapi apabila diakhiratkelak mereka tidak akan dihisab selagi umat Muhammad belum selesaidihisab…..alangkah cemburunya mereka akan hal ini…adakah ini dikatakan Allahpilih kasih???....Tidak!!...ini adalah disebabkan Allah mengangkat darajat keistimewaandan kemuliaan kpd umat Muhammad kerana keagungan Baginda saw. Ini bererti adaperbezaan antara umat.

Begitulah jugaSyed or non Syed adalah sama jika dipandang dari sudut manusianya..
Cuma perbezaannyaSyed dan non Syed ini adalah dari pandangan Umat dan Zuriat…sekiranya Allahmengangkat kemuliaan umat Muhammad…adakah Allah tidak mengangkat martabatZuriatnya Muhammad??...Bukti pengangkatan Zuriat Muhammad dibuktikan dalamSalawat semasa Tahiyyat Akhir dalam solat..
Imam Syafie’menyatakan, tidak sah solat sekiranya tidak bersalawat keatas keluarga nabi(ahlulbaiyt) “WAA’LA ALI MUHAMMAD”
Orang seringmengatakan darah sama merah tiada beza….ya, benar!!....darah kambing tidakbewarna kuning kan???
Tapi berbedadgn pendapat ana…Darah Rasulullah tidak diketegorikan najis kerana darahbaginda pernah diminum oleh sahabat. Dan apabila tahu sahabatnya minumdarahnya, baginda bersabda “ Haram api neraka sesiapa dalam
tubuhnya mengalir darahku”.

Dari sudutpandangan sains perubatan…darah memang sama merah…tapi darah golongan A tidakboleh dedermakan kepada orang yang berdarah B.

Ana membuatbeberapa perbandingan simple sebagai takwil:
AIR : Air mempunyai martabatnya tersendiri…kitaboleh berwuduk atau minum air dari sumber laut,sungai,tasik dansbagainya….adakah sama kelebihan @ kemuliaan air tasik,sungai dan laut ini dgnair zam-zam??
MASJID : Adakah sama kemuliaan masjid diselruh duniadgn Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi?
BATU : adakah sama kemulian batu2 lain dgn BatuHajar Aswad?
Cukuplahperbandingan tersebut…Sekiranya benda yang tidak bernyawa itu ada kemuliaannya dankekhususan yg ditetapkan oleh Allah swt, apalagi dgn Kemuliaan serta kekhususanDarah Keturunan Nabi saw.

Mereka ygberkesempatan memegang serban, jubah, sepatu dan rambut Rasulullah pasti akanmencium dan memeluk barang2 peninggalan Rasulullah yang tidak bernyawa dansudah buruk itu demi utk mengambil berkat (Tabarruk) dan tanda kecintaanterhadap baginda (padahal itu tidak disuruh)…tetapi ramai yang alpa dan tidakperasan, bahawa Rasulullah juga ada meninggalkan zuriat keturunannya yang hidupdan bertebaran dimuka bumi.
Sabda Nabi “ Semua sebab dan nasab (keturunan) akan putus dihari kiamat,kecuali sebabku dan nasabku (keturunanku)” tidakkah nasab itubernilai??

Taqwa
Tentang halKetakwaan…siapa yang paling bertakwa??....tiada manusia lain yang palingbertaqwa melainkan Rasulullah....jadi, manusia yang paling bertakwa ini amatmencintai ahlilbaiytnya…Baginda amat menyintai Fatimah, Ali, Hassan dan Husseinmelebihi dari yang lain..cintanya Rasul terhadap keluarganya amat mendalam,sehingga ada hadist yang disabda oleh baginda “Menyakiti Fatimah adalah menyakitiku dan menyakiti Allah”.
Kewajibanmencintai terhadap keluarga Rasul ini adalah perintah Allah spt yang disebutdalam surah Asy-Syura spt diatas. …….
Rasulullahmemperkuatkan lagi anjuran kepada umatnya utk mencintai keluarganya dgn SabdaBaginda dalam bentuk peringatan :
“Demi Allah, iman tidak akan masuk kedalam hati seseorangselama dia belum mencintai kalian (ahlulbiyt) kerana Allah dan kerana kalianitu kerabatku”

Dan Rasulullahjuga memberi kabar gembira kepada umatnya yang mencintai keturunan baginda dgnbersabda : “ Barangsiapa yang menanam budi baikterhadap ahlulbaiytku, pada hari kiamat kelak akan kubalas”.
Serta ancamanRasulullah terhadap umatnya melalui lisan baginda “Hendaklahkalian berwasiat yang baik mengenai ahlulbaiytku. Kelak aku akan menggugatkalian. Barangsiapa yang ku gugat bererti aku menjadi lawannya (musuh), danorang yang menjadi lawanku, dia akan masuk neraka. Barangsiapa yang menjagabaik-baik wasiatku mengenai ahlulbaiytku, bearti dia telah membuat perjanjiandengan Allah”.

Keluarga @keturunan Nabi disuruh dicintai bukan didustakan keutamaan mereka serta dicercaatau dilecehkan…apabila ada dustaan, cercaan dan lecehan terhadap keluargaahlilbaiyt nabi, apakah dianggap mencintai?? Adakah dianggap
beriman?? Adakah dianggap berTAQWA??
Kerana Taqwa bukan diukur dgn serban,jubahatau janggut….Islam melarang mencerca nasab keturunan apalagi nasab keturunanRasulullah saw.

Sabda Nabi saw “ Yang terbaik diantara kalian ialah yang terbaikperlakuannya terhadap Ahlulbaiytku setelah aku kembali keharibaan Allah ”
Tidak salahmenegur kesalahan seorang, tetapi jangan dibabitkan keturunannya yangmenyakitkan hati mereka. Pernah terjadi ketika anak Abu Lahab dilecehkan olehorang islam kerana mengikut nabi berhijrah sehingga Nabi amat murka dgnpelecehan tersebut.
Sabda Nabi “ Cintailah Allah dgn nikmat kurniaan Nya member makan kepadakalian, dan cintailah aku demi kerana Allah swt serta cintailah ahlulbaiytkudemi kecintaan kalian terhadapku”
Ana
menyimpulkan, orang yang tidak mencintaiahlulbaiyt adalah mereka yang tidak mencintai Rasul, dan apabila tidakmencintai Rasul, dia tidak cintai Allah, maka dia adalah orang yang tidakbertaqwa.


HUKUM
Menegak hukumAllah adalah wajib diperjuangkan oleh setiap mukallaf, apa lagi ahlulbaiyt…. Hukumdalam islam bukan sahaja menegakkan pemerintahan islam...mencintai ahlulbaiytjuga adalah hukum wajib dalam Islam.
Menegak NegaraIslam dimuka bumi adalah wajib bagi orang Islam.
Sekiranya tiadapenghuni manusia Islam, bagaimana nak tegak Islam dimuka bumi?..
Sabda Nabi “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langitdan apabila Ahlulbiytku lenyap, maka lenyaplah penghuni bumi”.
Dapatdiperhatikan dari hadist diatas, berkat adanya ahlulbiyt inilah…makhluk danumat manusia masih boleh meneruskan agenda mereka…sekira tiada ahlulbiyt lagi,lenyap semuanya.
Begitulahpentingnya peranan kewujudan ahlulbiyt diatas mukabumi.
Jangan kita hanyamengambil sebahagian hukum kerana sesuai dgn kita dan meninggalkan sebahagianhukum kerana tidak sesuai… Kerana matematik dalam hal menerima hukum tidakdikira 5 - 1 = 4 padahal jawabannya adalah 0.
Contohnya,Rukun Islam yang lima itu, kita menolak sala satu hukum daripadanya, ia tidakmenjadi empat…tapi Islam kita tidak diterima disebab penolakan salah satu rukundidalamnya, maka jawabannya adalah kosong. Hal yang berkaitan rukun @ hukumtidak boleh ditolak walaupun cuma satu, kerana ia akan mencacat kesemuanyaibadah
Sekiranya halhukum diterima dan ditinggal mengikut kesesuaian, samalah seperti orang2 Yahudi& Nasrani.



SYAFAAT
Antum menyebutdalam hal menerima Syafaat. 3 Kelompok di tiga tempat berbeza yang akanmenerima Syafaat diakhirat kelak…Kelompok yg pertama diberi Syafaat olehRasulullah adalah Keluarga dan keturunan baginda dan seterusnya adalah kepadaumatnya..Pemilihan dibuat hanya kepada mereka yang beriman. Redho Rasuladalah Redho Allah…..mereka yang diberi Syafaat adalah mereka yang diredhoRasul. Seseorang yang masuk syurga, bukanlah kerana pahala dan ibadatnya yangbanyak, kerana pahala yg banyak belum bisa
membayar nikmat mata yang diberi oleh Allah…

Tidak ada sebabseseorang masuk Syurga melainkan kerana Redhonya Allah dan Rasul..
Adakah Allahdan Rasul Redho atas cercaan kaumnya terhadap keturunan baginda? (refer hadisdiatas).


MAKSIAT
Tidak dinafikan,ahlulbaiyt tidak maksum….terdapat dikalangan Ahlulbaiyt ini melakukan maksiatdan hal yang memalukan keturunan…hatta ada yg lebih teruk akhlaknya dari orangkafir.. Tetapi hal itu bukanlah lesen utk mengkeji keturunannya. Mereka yangmelakukan maksiat patut ditegur atas perilakunya, bukan cercaan terhadapketurunan atau bakanya.
Ahlilbaiyt ygditinggal oleh baginda adalah sebahagian daripada ujian Allah buatumatnya..tergantung bagaimana umatnya berhadapan dgn zuriatnya yg belbagaife’el dan kerenah.
Sabda Nabi :
Bagaimanasekiranya anak atau cucu antum melakukan kesalahan, kemudian keturunan antumAl-Qadri disebut baka yang tak baik atau disebut Al-Qadri dari keturunan AbuLahab…apakah antum rasa itu wajar?? Apakah antum redho dgn tuduhan itu??
Di Malaysiaramai umat islam yang buang anak…tapi,adakah wajar Islam itu disalahkan??



AL-BAWAH &AL-BUAYA
Apabila antummenulis begitu dikhalayak umum (blog), ana merasakan tidak pantas, antum
seorang Sayyid menggambarkan sedemikianterhadap Qabilah ahlulbaiyt. Unsur sindirin dari Sayyid sendiri akan diambilkesempatan oleh mereka yang tidak tahu tentang “Keutamaan Ahlulbait” utkmenyerang dan mempermainkan keturunan ini dgn nama Qabilahnya.


Ana amat tidaksetuju sekiranya seorang Sayyid itu berbangga dgn keturunannya, kerana itusifat yang tercela. Keturunan yang dianugerah oleh Allah kepada kita bukan utkbermegah2 sebaliknya haruslah disambut dgn rasa Syukur berlipat kali gandakerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan Berketurunan dari nasab Rasulullahsaw.
Bersyukurlahkerana Allah memilih kita dilahirkan sebagai seorang Sayyid dengan menzahirkan dgn
“Menuruti apa yang di perintahNya danmenjauhi apa yang dilarangNya”.


Segala ucapan2nabi yang kit abaca sebahagiannya tentang ahlulbiyt, bukanlah keranaAsshobiyyah dan pilih kasih…tetapi adalah dari wahyu Allah.
Firman Allah : “ Sahabat kalian (Nabi Muhammad saw) tidak sesat dan tidakkeliru, Beliau tidak mengucapkan sesuatu menurut hawa nafsunya. Apa yangdiucapkannya adalah wahyu yang diwahyukan Allah kepadanya” (SurahAn-Najm :2-4)

Sekali lagi anamenyusun jari memohon kemaafan sekiranya ada tulisan yang tidak menyenangkanantum..semoga Allah memberi kita hidayahnya.
Tiada apa yangdapat ana berikan buat
antum, melainkanrasa kasih dan cintanya kepada antum zuriyat Nabi saw.

Terdapat banyakkitab2 tentang hal keutamaan ahlulbaiyt yg diterjemahkan kedalam bahasa melayuyang kita dapat sama2 ketahui di link “buku online” diwebsite www.asyraaf.net
Dan bolehdiprint dan dijilid sebagai rujukan kita untuk mengenali siapakah AhlulbiytRasulullah.
Sabda Nabi saw “ Aku memerangi orang yang memerangi mereka (ahlulbaiytku)dan berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka ”

“Allahummasholia’laMuhammad, wa A’la ali Muhammad”


Sekian..