Tuesday 12 May 2020

Kesetiaan

Kesetiaan Itu Mahal

Sekali Terluka Pasti Akan Terkesan Sepanjang Hayat


Percaya Ataupun Tidak Kecurangan Banyak Berlaku Tatkala Sudah Berumah Tangga.. Bukan Pacar Mahupun Cinta Monyet Zaman Sekolah.

Aku Ada menguji Dua Orang Lelaki.. Si H dan G. Si H ni seorang yang muka suci..lembut je. Sudah Berumah Tangga..usia perkahwinan 6 Tahun. Lamakan.. si H memberitahu dia xbahagia bersama isteri. Mungkin Benar xbahagia,sebab perkahwinan diorg bukan atas kerelaan. Tapi mustahil la xsayang kan sebab dah terlempau lama hubungan mereka suami isteri terbina. Jodoh itu rahsia Allah. Tahun Kelima Dianugerahkan Cahaya Mata..Sangat Comel dan putih ..Nama diberi Sofea. Pada Awalnya sebelum aku ketahui dia mempunyai anak dan isteri, dia tidak mengakui.. Dia katakan dia Duda dan tiada anak. Serta ingin menikahi aku..  ya pastinya TIDAK jawapan ku.. hihihih


Aku pun pelik.. sedangkan aku kenal isteri nya yang Queen Control dan Keras Kepala...
aku teruskan siasatan dan berhasil la temui gambar keluarga kecil yang bahagia. Aku tiada niat nak meruntuhkan Masjid orang.

Aku hanya mengkaji kesetiaan Seorang Lelaki yang bernama Suami.




Alkisah SI G pulaa...


Si G ni.kerap kali kejar aku dan gangu orang sekitar aku, Dia pun sudah menikahi seorang perempuan idamannya yang berpurdah tetapi tidak dapat citarasa sepenuhnya yang dia mahukan. Entahlah laki ni, aku pun xpaham. Selalu menghubungi ku tapi aku xlayan. Aku pun terus memberitahu si isteri. Si isteri tidak percaya bahwa lelakinya menggangu ku. kerana diluar dia sangat romantik,penyayang,sentiasa bahagikan kerja rumah bersama istri. aku pun memberitahu semua bukti. ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan berdentum.  Pada hari yang sama juga si G memberikan mesej kepada aku menggunakan telegram isterinya kepada ku. Bagaimana aku tahu si G beri? kerana aku kenal setiap butir ayatnya,
Dalam ayatnya berikan ''Assalamualaikum kak nabilah . bkn niat sy nak melagakan akak berdua dengan dia...sy berharap akak dapat maafkn dia..mungkin owg lain nampak dia bahagia ada isteri ada ank tpi hti dia hakiktnya dia xbhgia dia sering mimpi akak,,''

secara logiknya la kan..isteri mana sanggup dengar suami kata xbahagia bersama isteri kan? dan dah ada anak dah..Namanya Taufal. Suami apakah itu?

dan bagaimana isteri boleh benarkan suami kesayangannya menghubungi wanita lain sesukahati?

benar bukan kesetiaan itu tidak dapat dimiliki oleh semua insan walaupun setiap insan berhak mendapatkan sebuah kesetiaan yang tiada tandingan.

Aku ceritakan ini bukanlah mahu memberitahu aib sesiapa, aku mahu sampaikan berfikir la sejenak kesetiaan.. walaupun dikau bernikah dengan orang yang kau xcintai .. cintai lah dia.. sesunguhnya semasa akad nikah tu adalah perkara terindah dlm hdupmu kerana ada seorang insan sedia menerima mu indah dan buruk mu...cacat cela mu...malas dan busuk mu...sangup mengadaikan nyawa ketika berperang semasa melahirkan zuriat mu..berbin dan berbintikan mu. Senang cite..kalau tidak sedia menerimanya janganlah menikahi secara terburu-buru. jangan lah menyeksanya dengan tidak tulus sepenuhnya mencintai.

SETIA ITU MAHAL DAN HANYALAH DIDALAM HATI INSAN YANG DIKENALI SEBAGAI PERMATA